Di acara istimewa SXSW yang berlangsung hari ini, Hideo Kojima telah membincangkan dan berkongsi butiran baharu tentang salah satu judul permainan yang paling dinantikan tahun 2025 ini iaitu Death Stranding 2: On the Beach. Sequel yang akan datang ini telah disahkan akan tiba secara eksklusif di PlayStation 5 pada 26 Jun 2025 dengan pra pesanannya…
Pengarang: ariff bukhari
Syarikat China Kuasai Pasaran Panel Telefon Pintar Global
Berdasarkan kepada laporan terkini oleh TrendForce, penghantaran panel skrin telefon pintar global pada 2024 meningkat 11.4% kepada 2.157 bilion unit, didorong oleh permintaan tinggi terhadap telefon baharu serta peranti terpakai dan diperbaharui. Namun, jumlah ini dijangka menurun 3.2% kepada 2.093 bilion unit pada 2025 ini apabila permintaan mula stabil. TrendForce dalam laporannya mendapati, BOE Technology…
Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam
Semakin banyak syarikat di China menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam pengeluaran kilang mereka yang membawakan kepada kewujudkan konsep pengilangan baharu yang dipanggil sebagai “dark factory“. “Dark Factory” adalah kilang yang beroperasi secara automatik tanpa henti selama 24 jam dengan bergelap sepenuhnya. Juga dikenali sebagai kilang pintar, operasi kilang ini dijalankan sepenuhnya oleh robot tanpa bantuan…
Pengguna Google Workspace Kini Boleh Hasilkan Imej AI Terus Dari Gmail
Google kini menambah ciri baharu ke dalam servis e-mel Gmail kepada para pelanggan Google Workspace yang membolehkan mereka menghasilkan imej janaan AI terus dari dalam Gmail melalui Gemini Advanced. Malah imej janaan Gemini Advanced yang dikuasakan AI Imagen 3 itu turut tersedia di dalam aplikasi Google Workspace yang lain seperti Docs, Sheets, Drive dan Slides. Fungsi…
Penyelidik Google Keluarkan Alat Benarkan Pengguna ‘Jailbreak’ CPU AMD
Pasukan penyelidik Google dengan kerjasama AMD menemui kelemahan serius dalam pemproses berasaskan Zen. Eksploit ini membolehkan pengguna dengan akses pentadbir tempatan menghantar kemas kini kod mikro tersendiri ke atas CPU AMD yang menggunakan arkitektur Zen 1 hingga Zen 4 untuk melakukan proses pecah sekat (jailbreak) terhadap CPU tersebut. AMD telah mengeluarkan tampalan BIOS bagi menangani masalah…
Apple Diarah Benarkan ‘Sideload’ Aplikasi Di Brazil Dalam Tempoh 90 Hari
Brazil telah mengarahkan Apple untuk membenarkan pengguna di dalam negara memuat turun aplikasi dari luar App Store dalam tempoh 90 hari. Arahan ini sekaligus mengikut langkah serupa di Eropah dan beberapa negara lain. Hakim Pablo Zuniga menegaskan Apple pernah mematuhi arahan serupa di negara lain tanpa kesan negatif terhadap model perniagaannya. Keputusan ini dibuat selepas…
