IKEA kini mengumumkan kerjasama dengan ASUS ROG (Republic of Gamers) untuk menghasilkan kelengkapan dan aksesori gaming pada harga mampu milik. Untuk pembangunan produk, kelengkapan permainan ini akan dihasilkan di Pusat Pembangunan Produk IKEA di Shanghai. Sebagai permulaan bagi proses pembangunan produk, pereka dan jurutera kedua-dua syarikat itu mengadakan beberapa bengkel bersama pemain profesional di Shanghai….
Pengarang: Amalina Athman
realme 7 Dan 7 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 24 September Ini
realme 7 dan realme 7 Pro telahpun dilancarkan di India pada awal September lalu. Kini, realme Malaysia mengumumkan kedua-dua peranti ini akan tiba untuk pasaran tempatan pada 24 September 2020. Mengimbas kembali spesifikasi, realme 7 Pro hadir dengan skrin 6.4 inci AMOLED 60Hz serta paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP dan pengimbas cap jari…
OPPO Umum ColorOS 11 Dengan Pelbagai Ciri Baharu
Minggu lalu, Google telah melancarkan Android 11 secara rasmi. Hari ini, OPPO pula telah mengumumkan antaramuka ColorOS 11 berasaskan Android 11. Menggunakan konsep “Make Life Flow”, ia membawakan pelbagai ciri baharu. Menerusi ColorOS 11, pengguna boleh menyesuaikan Always-On Display, tema dan wallpaper, jenis tulisan, ikon dan nada dering. Kemas kini ini turut menambahbaik Dark Mode…
Adakah Selamat Guna Telefon Semasa Petir? Ini Penjelasannya
Ketika ini, musim monsun yang sedang melanda negara mungkin menjadi kerisauan bagi penggunaan telefon pintar semasa ribut petir. Namun, mungkin masih ada yang belum tahu bahawa penggunaan telefon bimbit adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon berkata, penggunaan…
Archie, Enjin Carian Pertama Yang Diperkenal 30 Tahun Lalu
Archie, enjin carian pertama di dunia telah dilancarkan kepada umum pada 10 September 1990. Mengimbas kembali, enjin carian berusia 30 tahun itu pada mulanya dibangunkan sebagai projek fakulti oleh Alan Emtage dari McGill University di Montreal, Kanada. Pernah bekerja sebagai pelajar siswazah pada tahun 1989 di jabatan teknologi maklumat universiti tersebut, tugasan di fakulti itu…
Ini Adalah Sejumlah 117 Emoji Baharu Yang Dimuatkan Pada Kemaskini Android 11
Google baru-baru ini telah melepaskan kemas kini Android 11. Sistem operasi terbaru ini telah membawakan pelbagai ciri baru. Antaranya termasuk penambahan 117 emoji baharu dan sejumlah besar perubahan rekaan emoji, dengan beberapa darinya diinspirasi dari rekaan terdahulu yang popular. Sebagai tambahan kepada 117 emoji baharu tersebut, lebih daripada 2000 emoji yang ada sebelumnya telah dikemaskini…
