Carl Pei, pengasas bersama OnePlus telah mengesahkan beliau tidak lagi bersama OnePlus pada Oktober tahun lalu. Dua bulan menyepi, beliau kemudiannya mengumumkan dana dan pelaburan sebanyak $7 juta (~RM28.44 juta) telah dikumpul untuk syarikat baharunya. Terbaru, Carl Pei menerusi Twitter kini mengumumkan jenama baharu akan didedahkan pada 27 Januari 2021. https://twitter.com/getpeid/status/1351165917141544968 Spekulasi sebelum ini mengatakan…
Pengarang: Amalina Athman
Teknologi Pengecaman Wajah Akan Gantikan Pas Masuk Untuk Pengesahan Penumpang Di KLIA
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini akan dilengkapi teknologi pengecaman wajah tidak lama lagi. Dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk untuk pengesahan penumpang di KLIA akan digantikan dengan pelaksanaan fasa pertama inisiatif Single Token Journey. Inisiatif ini akan memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk pengesahan biometrik penumpang. Proses pengesahan pula dijangka akan…
Mi Watch Kini Rasmi Di Malaysia, Berharga RM469
Xiaomi Malaysia secara rasmi kini mengumumkan ketibaan Mi Watch untuk pasaran tempatan. Mengimbas kembali spesifikasi, Mi Watch dilengkapi skrin berukuran 1.39-inci dengan panel AMOLED, 100 muka jam serta kecerahan 450 nits . Dengan memfokuskan aktiviti kecergasan, terdapat 117 mod senaman dan penarafan kalis air 5ATM yang dimuatkan pada jam pintar ini. Selain itu, ia turut…
Pakej Bantuan PERMAI: Data 1GB Internet Percuma Dilanjutkan Sehingga 30 April 2021
Menerusi Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang baru sahaja diumumkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan yang bernilai RM15 bilion sebagai bantuan tambahan. Selaras dengan keperluan norma baharu yang banyak bergantung kepada penggunaan alat digital, kerajaan kini melanjutkan tempoh capaian internet percuma. Pemberian data 1GB internet percuma kini dilanjutkan…
Cara Daftar Akaun Baru Untuk Kemaskini Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Baru-baru ini, permohonan baharu dan pengemaskinian bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021. Menerusi bantuan BPR 2021, kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM1,800 mengikut kategori isi rumah dan pendapatan bulanan. Sementara itu, nilai bantuan RM350 secara one-off akan diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun…
Pengguna Kini Boleh Menebus Pas Perjalanan Tanpa Had My30
Bermula 21 Disember tahun lalu, Prasarana Malaysia Berhad telah menawarkan promosi di bawah kempen ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My30. Menerusi promosi yang berlangsung bermula 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021, pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL boleh mendapatkan baucar pas percuma My30 bagi setiap pembelian…
