Selepas melancarkan RedMagic 11 Pro pada November tahun lalu, RedMagic kini hadir dengan RedMagic 11 Air. Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite bersama cip permainan RedCore R4, serta ditawarkan dengan konfigurasi sehingga 16GB RAM dan 512GB storan. Dari segi rekaan, RedMagic 11 Air merupakan telefon pintar paling nipis dan ringan dalam siri RedMagic Air,…
Pengarang: Amalina Athman
OpenAI Tamatkan GPT-4o, Beberapa Model Lain Dalam ChatGPT – Bermula 13 Februari
OpenAI kini mengumumkan beberapa model kecerdasan buatan (AI) terdahulu, termasuk GPT-4o, GPT-4.1, GPT-4.1 mini dan o4-mini akan ditamatkan penggunaannya dalam ChatGPT, bermula 13 Februari 2026. Untuk rekod, penggunaan GPT-4o sebenarnya pernah dihentikan sebelum ini. Namun, syarikat itu menerima kritikan selepas menamatkan akses kepada model tersebut susulan pelancaran model baharu, GPT-5. OpenAI kemudian mengembalikan semula akses GPT-4o…
Apple Kini Mempunyai Lebih 2.5 Bilion Peranti Aktif
Apple kini mendedahkan terdapat lebih 2.5 bilion peranti aktif Apple yang digunakan di seluruh dunia. Perkara tersebut dimaklumkan dalam pengumuman keputusan kewangan untuk suku pertama fiskal 2026 yang berakhir pada 27 Disember 2025, yang turut mencatatkan prestasi pendapatan tertinggi dalam sejarah Apple. “Hari ini, Apple berbangga untuk melaporkan suku kewangan yang luar biasa dan memecah…
Permintaan AI Melonjak, Nvidia Dijangka Pintas Apple Jadi Pelanggan Utama TSMC
Nvidia dijangka memintas Apple dan menjadi pelanggan terbesar Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) pada tahun ini. Menurut laporan CNBC, jangkaan penganalisis menunjukkan Nvidia berpotensi menjana sekitar $33 bilion (~RM129.7 bilion) untuk TSMC pada 2026, bersamaan kira-kira 22% daripada jumlah pendapatan syarikat itu. Sebagai perbandingan, Apple dianggarkan bakal menyumbang sekitar $27 bilion atau sekitar 18%. Ketua Pegawai…
CelcomDigi Perkenal Pas Internet Prepaid 5G Hyper, Power
CelcomDigi kini memperkenalkan pas internet mudah alih baharu untuk pengguna prabayar, iaitu Prepaid 5G Hyper dan Prepaid 5G Power. Prepaid 5G Hyper Prepaid 5G Hyper hadir dengan dua pilihan, iaitu 5G Hyper 30 dan 5G Hyper 35. Pada harga RM30, 5G Hyper 30 menawarkan 50GB data 5G/4G dengan kelajuan pantas, panggilan tanpa had, serta boleh…
Menteri Cadang JPJ Guna Teknologi Pengecaman Nombor Plat Sebagai Alternatif Sekatan Jalan Raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kaedah sekatan jalan raya secara fizikal atau roadblock yang dilaksanakan ketika ini sering menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya apabila lorong jalan dikecilkan kepada satu atau dua lorong….
