Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Audi Lancar Basikal Gunung Elektrik, Harga Dari RM46 Ribu

Audi Lancar Basikal Gunung Elektrik, Harga Dari RM46 Ribu

Diterbitkan Mac 15, 2023 · Dikemas kini Mac 15, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar kereta terkenal, Audi telah melancarkan kenderaan e-mobiliti terbaru dengan memperkenalkan basikal gunung berkuasa elektrik di mana rekaannya diinspirasikan daripada rekaan Audi RS Q e-tron.

Audi RS Q e-tron adalah kereta lumba yang dibangunkan Audi khusus untuk perlumbaan Dakar.

Audi Lancar Basikal Gunung Elektrik, Harga Dari RM46 Ribu

Basikal gunung elektrik Audi ini dikuasakan oleh pek bateri Fantic Integra 36 Volt yang dimuatkan dalam kerangka basikal.

Ia membekalkan kuasa kepada motor Brose S-MAG 36 Volt 250 Watt, 720 Wh yang mampu memberikan kuasa tork sehingga 90Nm.

Basikal gunung elektrik Audi yang dikuasakan oleh Fantic menyediakan penunggang dengan empat tahap bantuan elektrik iaitu Eco, Tour, Sport dan Boost.

Audi Lancar Basikal Gunung Elektrik, Harga Dari RM46 Ribu
Sistem suspensi hadapan dan belakang adalah dari Öhlins.
Screenshot 2023-03-15 at 2.56.39 PM
Spesifikasi Audi mountain bike.

Ia juga dilengkapi dengan paparan digital kecil yang terletak pada bar hendal bagi memberikan gambaran keseluruhan data penting seperti pengecasan bateri dan kelajuan pecutan kepada penunggang.

Basikal gunung elektrik Audi ini ditawarkan dalam 3 saiz dengan harga jualannya bermula dari £8,499 (~RM42,569).

Berkaitan

  • Hanya 402 Daripada 5,000 Kenderaan Maxim Mempunyai Permit 'e-Hailing' - JPJ
  • Samsung Galaxy A14 Rasmi, Harga RM799 Dengan Jaminan 2 Tahun
  • Malaysia Kekurangan Jurutera, Keyakinan Pelajar Malaysia Terhadap Sains Menurun Drastik - Kajian

Sumber: Audi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY