Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GrabFood 1

Atlet Malaysia Menang Pingat Olimpik Paris Boleh Buat Pesanan GrabFood Percuma Selama 1 Tahun

Diterbitkan Julai 29, 2024 · Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha menyokong kontinjen negara kita yang kini bersaing di Sukan Olimpik & Paralimpik Paris 2024, Grab Malaysia hari ini mengumumkan  menawarkan sehingga 1 juta GrabRewards dan GrabFood percuma selama setahun kepada atlet yang berjaya memenangi pingat dalam sukan tersebut.

Malah setiap atlet Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris akan menerima tambahan 50,000 mata GrabRewards.

Menjelaskan perkara itu lebih lanjut, Grab berkata mereka akan menawarkan pesanan GrabFood percuma selama setahun (tawaran mempunyai nilai had setiap tahun) kepada pemenang pingat emas negara di Sukan Olimpik & Paralimpik Paris.

Selain itu, setiap pemenang pingat emas juga akan diberi ganjaran 1 juta mata GrabReward.

Pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik & Paralimpik Paris pula akan menerima tempahan GrabFood percuma selama setahun dan 500,000 mata GrabReward.

Manakala pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik & Paralimpik Paris akan menerima tempahan GrabFood percuma selama setahun dan 250,000 mata GrabReward.

Grab Malaysia juga memaklumkan mereka menghadiahkan baucar GrabFood RM100 setiap seorang kepada semua 110 jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris.

Grab Malaysia berkata, mereka berharap dengan inisiatif terbaharu ini, kontinjen negara yang bertanding akan lebih bersemangat untuk beraksi di Sukan Olimpik & Paralimpik Paris.

Berkaitan

  • Unifi TV Tawar Tontonan Percuma Siaran Olimpik Paris 2024 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
  • Astro Sediakan 18 Saluran Khas Untuk Tontonan Olimpik Paris 2024
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah

Sumber: Siaran media Grab Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY