Asus Zenfone 5z Disenaraikan Pada Harga RM 8,070 Bagi Pasaran Amerika Syarikat

Asus Zenfone 5z merupakan model paling premium bagi siri Asus Zenfone 5. Pada 26 Jun yang lalu, Asus telah mengumumkan bahawa peranti berkenaan akan mula dijual di pasaran India melalui Flipkart dengan harga sekitar $ 560(~RM 2,250) bermula 4 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, Asus juga telah menyenaraikan Zenfone 5z buat pasaran Amerika Syarikat melalui laman sesawang rasmi mereka. Apa yang mengejutkan, peranti berkenaan disenaraikan dengan harga bermula $ 1,999(~RM 8,070)!



Harga berkenaan ternyata memberi kejutan kepada peminat Asus terutama di Amerika kerana ianya jauh berbeza dengan harga yang ditawarkan di pasaran lain seperti India dan Eropah. Di pasaran Eropah, harga jualan yang dicadangkan bagi peranti ini ialah sekitar $ 575(~RM 2,322).

Sebagai peringatan, Asus Zenfone 5z ini hadir dengan cip pemprosesan premium Qualcomm Snapdragon 845 dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 3,300 mAh yang menyokong pengecasan pantas, dwi-kamera utama 12MP + 8MP serta kamera hadapan 8MP.



Pada peringkat awal, ramai menyangkakan bahawa Asus akan memperkenalkan satu edisi khas yang dinaiktaraf bagi pasaran AS. Namun, ia mungkin tidak akan berlaku kerana Asus telah membawa keluar tanda harga berkenaan daripada laman sesawang mereka lantas memberi kemungkinan bahawa tanda harga berkenaan hanyalah satu kesilapan menaip sahaja.

Sumber