ASUS Umum Dua Lagi ZenBook OLED, Ini Adalah Harga Tempatan

Semasa acara ASUS Innovation Summit sebentar tadi, mereka mengumumkan dua buah komputer riba baharu menerusi ZenBook Pro Duo 15 OLED dan ZenBook 13 OLED. Masing-masing akan tersedia buat pasaran tempatan bermula 7 Jun ini.

ASUS ZenBook Pro Duo 15 OLED




Siri ini tidak lagi perlu diulas panjang. Ia merupakan komputer riba yang menawarkan dua paparan buat golongan yang berada dalam bidang penciptaan kandungan dan produktiviti.

Jika sebelum ini, ZenBook Duo 14 tidak mampu memuaskan anda, ZenBook Pro Duo 15 pasti kena dengan cita rasa yang diperlukan.

Baca juga - ASUS ZenBook Duo 14 - Satu Laptop Dua Skrin

Walaupun di dalam dikuasakan cip Intel Core i9-10980HK atau Intel Core i7-10870H, tetapi kali ini ia menggunakan kad grafik laptop NVIDIA RTX 3070 8GB GDDR6.



Turut dilengkapi paparan utama bersaiz 15.6 inci dengan panel boleh sentuh OLED beresolusi UHD (3840x2160) atau 4K. Selain itu, ia juga mempunyai pengiktirafan PANTONE serta gamut warna 100% DCI-P3. Untuk paparan keduanya pula, ia bersaiz 14.09 inci boleh sentuh dan beresolusi sama, UHD.

Konfigurasi memori adalah 32GB 2933 MHz DDR4 serta storan dalaman 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD. Antara lainnya adalah sambungan Intel WiFi 6, Bluetooth 5.0, sistem pembesar suara yang diiktiraf Harman Kardon serta bateri 92Whr.

ASUS ZenBook 13 OLED




Komputer riba ini menawarkan rekaan yang nipis, mudah dibawa tetapi masih lagi berkuasa. Ia dijana cip Intel Core i7-1165G7 atau Intel Core i5-1135G7 dengan padanan grafik Intel Iris Xe serta memori 8GB 4266MHz dan storan 512GB NVMe PCIe 3.0 SSD.

Skrin dilengkapi sebesar 13.3 inci dari panel OLED beresolusi FHD (1920x1080), 100% DCI-P3 dan kecerahan 400 nits.

Spesifikasi lain adalah sistem audio ASUS SonicMaster dengan penarafan Harman Kardon, Intel WiFi 6, Bluetooth 5.0, ASUS NumberPad 2.0 serta bateri 67Whr.

Harga Jualan


ZenBook Pro Duo 15 OLED:

  • i9-10989H - RM15,999

  • i7-10870H - RM12,999


ZenBook 13 OLED:

  • i7-11657G7 - RM4999

  • i5-1135G7 - RM4299


Baca juga - Barisan ASUS Zenbook Baharu Dilancar, Ini Harga Rasmi Di Malaysia

Sumber: Siaran Akhbar ASUS