Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus gpu

ASUS Tayang RTX 4070 Yang Tak Perlukan Kabel Untuk Hidup

Diterbitkan Mei 30, 2023 · Dikemas kini Mei 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

ASUS mempamerkan konsep kad grafik iaitu RTX 4070 Megalodon yang mempunyai slot khas untuk kuasa dan tak perlukan kabel untuk disambung pada papan induk.

Ini membolehkan pemasangannya menjadi lebih dan tampak kemas dari luar kerana tiada kabel diperlukan.

rtx 4070 megalodon slot

Melalui pemerhatian Wccftech, GPU ini mempunyai 16 slot PCIe Gen 4.0 dengan slot khas untuk disambungkan pada PCB untuk punca kuasa.

rtx 4070 megalodon slot

Mudah kata, hanya perlu pasang kad grafik pada motherboard dan ia terus hidup kerana ada slot khas bersama tapi anda perlukan papan induk yang mempunyai slot yang sama.

rtx 4070 megalodon slot

Slot khas yang hubungkan kuasa ke kad grafik ini mampu salurkan hingga 600W.

Justeru, ASUS turut memperlihat papan induk Z790 BTF dari siri TUF Gaming yang mempunyai slot yang sama yang boleh digunakan dengan kad grafik tadi.

ASUS Tayang RTX 4070 Yang Tak Perlukan Kabel Untuk Hidup

Pun begitu, kedua-duanya masih sebuah konsep dan sedang dibangunkan. Jadi, mungkin ada perubahan kelak sebelum ia tersedia secara rasmi.

Berkaitan

  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Pastikan Anda Beli Kotak TV Android Yang Diperakui, Bukan Menggunakan Sumber Terbuka

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY