ASUS Meraikan 30 Tahun Inovasi Mereka Dengan Barisan Produk Edisi Terhad di Computex 2019

ASUS perkenalkan barisan produk edisi terhad -  'Edition 30'.


ASUS hari ini mengumumkan pelbagai barisan produk terbaru mereka di pameran Computex 2019 yang berlangsung di Taipei, Taiwan.

Menjadikannya lebih istimewa lagi, syarikat gergasi teknologi dari Taiwan ini turut sama meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan syarikat mereka dalam pameran ini.

Sempena dengan itu Pengerusi ASUS, Jonney Shih hari ini telah menghoskan acara media khas di Computex 2019 bagi memperkenalkan barisan produk edisi terhad yang dikenali sebagai 'Edition 30'.

Produk-produk yang terlibat bagi edisi khas ini adalah komputer riba  ASUS ZenBook Edition 30, telefon pintar ZenFone 6 Edition 30 dan papan litar utama Prime X299 Edition 30.

Barisan produk siri edisi terhad ini dibuat bagi memperingati peristiwa penting inovasi yang dicapai ASUS sepanjang 30 tahun mereka dalam menyelusuri perkembangan dunia teknologi.

ASUS ZenBook Edition 30 (UX334FL)


ASUS meraikan ulang tahun ke-30 mereka menerusi edisi terhad ZenBook Edition 30. Sempena itu, ia turut dihadirkan bersama aksesori premium iaitu tetikus berwarna putih mutiara, kotak yang kelihatan seolah ia disaluti kulit, pelapik tetikus serta sarung khas komputer riba yang dibuat daripada kulit.



Tidak hanya pada gaya, ZenBook Edition 30 turut dimuatkan dengan komponen berkuasa. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 quad-core gen 8, kad grafik NVIDIA GeForce MX250, storan PCIe SSDs ultra pantas serta sambungan tanpa wayar Wi-Fi kelas gigabit.

Kapsyen: ZenBook Edition 30 menggunakan paparan NanoEdge nir bingkai (95% ratio skrin ke badan) serta ScreenPad 2.0 terbaru.

Prime X299 Edition 30


Papan litar Prime X299 Edition 30 merupakan legasi berterusan terhadap inovasi dan prestasi daripada versi pertama papan litar ISA-386C yang telah dibangunkan ASUS kali pertama pada tahun 1989.

Prime X299 Edition 30 ini menyokong sehingga cip pemprosesan terbaru Intel Core X-series bagi komputer meja berprestasi tinggi.



Papan litar ini juga dilengkapi ciri 16 tahap penyelesaian kuasa serta dipertingkatkan sistem penyejukannya bagi membolehkan cip pemprosesan yang dipadankan dengannya memberikan kuasa sepenuhnya.

Ia turut dilengkapi dengan sambungan 2x Thunderbolt 3 berserta DisplayPort, sambungan Aquantia Ethernet 5G terbina dalam, Intel Gigabit LAN dan sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 bagi prestasi internet terbaik.

ZenFone 6 Edition 30


Sebuah lagi produk ASUS dalam siri edisi terhad ini sudah pastinya telefon pintar ZenFone 6 Edition 30. ZenFone 6 baru sahaja diperkenalkan ASUS pada 16 Mei lalu.

Bagi versi edisi terhad ini, ZenFone 6 Edition 30 dimuatkan dengan RAM berkapasiti 12GB dan storan terbina dalam berkapasiti 512GB.



Pembentangan ASUS yang memperkenalkan barisan produk terbaru mereka di Computex 2019 kini sudah boleh ditonton  di laman YouTube rasmi ASUS. Pada acara khas tersebut, mereka turut perkenalkan model kompter riba terbaru ASUS ZenBook ProDuo, VivoBook dan banyak lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=KQqW8DLstcA

Berkaitan