Sempena ulang tahun ke-30 ASUS.
Semalam ASUS telah pun mengadakan sidang media khas mereka di Computex 2019. Dalam acara tersebut, mereka telah memperkenalkan edisi terhad telefon pintar ZenFone 6 Edition 30.
ZenFone 6 Edition 30 ini adalah berasaskan kepada model ZenFone 6 yang baru sahaja diperkenalkan ASUS pada 17 Mei lalu. Tetapi untuk model edisi terhad ini, ZenFone 6 Edition 30 telah dinaik taraf perkakasannya dengan kapasiti RAM 12GB, ruang storan 512GB serta didatangkan dalam warna eksklusif Matte Black.
Kuasa pemprosesannya adalah masih sama iaitu menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 855 beserta bateri 5000mAh yang menyokong ciri pengecasan pantas.
Walaubagaimanpun setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan dengan harga jualan dan bilakah ia akan mula dipasarkan. Tetapi dijangkakan ZenFone 6 Edition 30 ini akan menjengah pasaran dalam tahun ini juga.
Berkaitan
- Apple Melancarkan Program Pembaikan Percuma Untuk iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus
- ASUS Zenbook 14X OLED, Komputer Riba Premium Pertama Di Malaysia Dikuasakan Cip Intel Gen-13
- Malaysia Di Kedudukan Ke-69 Dengan Keluasan Daratan Hanya Liputi 0.065% Sahaja Permukaan Bumi
- Apple Watch Ditemui Masih Berfungsi Selepas Hilang 6 Bulan Di Laut
- Ini 6 Ciri Terbaru WhatsApp Yang Sepatutnya Anda Sudah Terima Dan Bakal Dapat
- Teknologi Wi-Fi 6 Secara Rasminya Diumumkan Oleh Wi-Fi Alliance
- GoPro Hero 9 Akan Dilancarkan Pada 16 September Ini
- Microsoft Memaklumkan Mereka Sedang Menyiasat Isu Kemas Kini Windows 10 KB4556799
- ASUS Malaysia Raih Anugerah Kategori Peranti dan Kamera Serta IT dan Peralatan Pejabat
- ASUS Akan Lancar PC AI Premium Dikuasakan Qualcomm Dengan Reka Bentuk Ultra Mudah Alih Baharu