ASUS Memperkenalkan Papan Induk ROG Crosshair X670E Extreme

AMD telah pun mengesahkan platform AM5 yang ditunggu-tunggu selama ini dan ASUS tidak mahu ketinggalan dengan mengumumkan papan induk (motherboard) ROG Crosshair X670E Extreme.

Kapsyen: Papan induk ASUS ROG Crosshair X670E Extreme


Motherboard ini mampu meningkatkan ketersambungan (connectivity) PCIe 5.0, menyokong memori RAM DDR5 dan memanfaatkan potensi penuh platform AM5.

Setakat ini, ASUS hanya mengesahkan papan induk ROG Crosshair X670E Extreme sahaja. Tetapi, ASUS menyatakan mereka bakal memperkenalkan kedatangan papan induk untuk siri ROG, strix, TUF, Prime dan lain-lain pada akan datang.

Berikut merupakan ciri dan spesifikasi untuk papan induk ROG Crosshair X670E Extreme:

  • Menyokong platform AM5 daripada siri AMD Ryzen 7000

  • Memori RAM DDR5




  • Dilengkapi ketersambungan PCIe 5.0 (storan, grafik)

  • 2 port USB 3.2 Gen 2 dan USB4

  • Menawarkan port USB 3.2 Gen 2 2x2 di panel hadapan (menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4+).

  • 2 slot PCIe 5.0 x16 untuk kad grafik

  • Menawarkan 5 slot storan M.2




  • Sokongan Wi-Fi 6E.

  • Dilengkapi port Ethernet 2.5Gb


Papan induk ROG Crosshair X670E Extreme mampu membawa pengalaman gaming kepada satu aras baharu. Tambahan lagi, ASUS akan mengumumkan lebih banyak barisan papan induk baharu dalam beberapa bulan yang akan datang.

Sumber: videocardz

Baca juga: