ASUS Lancarkan 'Laptop' Dan Kad Grafik Bertemakan Demon Slayer

ASUS yang sebelum ini menawarkan sejumlah perkakas komputer (PC) bertemakan Gundam, mereka kini tampil dengan kolaborasi dengan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba pula.

Kolaborasi ini terhasil bagi meraikan kejayaan manga serta anime Demon Slayer dimana manga tersebut adalah antara 10 siri manga terbaik sepanjang zaman. Oleh itu, sebuah komputer riba Vivobook Pro 14, ASUS RTX 3060 TUF dan sejumlah aksesori dilancarkan dengan tema Demon Slayer.



Vivobook Pro 14 ini dilengkapi paparan 2.8K OLED dengan kadar penyegaran 90Hz, dijana AMD Ryzen 7 5800H serta 16GB RAM dan 512GB SSD. Dengan ketiadaan kad grafik, ia tidak cukup sesuai untuk kegunaan gaming.



Seterusnya, ASUS turut memperkenalkan fon kepala, mousepad, dan routers yang masing-masing diinspirasikan watak Demon Slayer seperti Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado dan Inosuke Hashibira.



Selain itu, antara perkakas lain adalah papan induk TUF B560 Plus WiFi serta kerangka komputer TUF Gaming GT501 yang bertemakan watak Zenitsu Agatsuma.



Buat masa sekarang, hanya harga bagi Vivobook Pro 14 sahaja diketahui, iaitu 5499 yuan (~RM3575) dan tiada maklumat lain akan ketersediaannya buat pasaran tempatan.

Sumber: wccftech, @momomo_us

Baca juga - Ini Adalah Harga Di Malaysia Bagi Barisan Produk ASUS Gundam

Baca juga - Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500

Baca juga - ASUS Menyenaraikan 14 Papan Litar Utama Mereka Yang Tersedia Dengan TPM 2.0