Ini Adalah Harga Di Malaysia Bagi Barisan Produk ASUS Gundam

Terdahulu, ASUS Malaysia telah mengumumkan kehadiran bagi barisan produk baharu mereka yang bertemakan Gundam di Malaysia.

Kini, kesemua produk tersebut sudah mula dijual di kedai dalam talian ASUS Malaysia di Lazada. Terdapat dua versi yang anda boleh dapatkan iaitu Asus Gundam RX-78-2 atau Zaku II.

Antara produk yang bertemakan Gundam adalah termasuk kad grafik RTX 3080, gaming router, gaming monitor, fon kepala dan banyak lagi.



Berikut adalah senarai harga bagi kesemua produk ini:

ASUS Zaku II Edition



  1. TUF Gaming VG27AQGL1A gaming monitor - RM2266

  2. RT-AX86U gaming router - RM1666

  3. TUF Gaming B550M (WiFi) motherboard - RM935

  4. TUF Gaming GT301 case - RM505


ASUS Gundam RX-78-2



  1. ROG Strix RTX 3080 - RM6460

  2. ROG Strix Helios mid-tower gaming case - RM1605

  3. ROG Strix XG279Q-G gaming monitor - RM3288

  4. ROG Strix LC 360 AIO cooler - RM1319

  5. ROG Strix 850W power supply - RM1100

  6. ROG Strix Scope TKL - RM695

  7. ROG Strix Impact II - RM239

  8. ROG Delta gaming headset - RM839

  9. ROG Sheath gaming mousepad - RM239

  10. RT-AX82U gaming router - RM1282


Walau bagaimanapun, kesemua produk ini masih lagi dalam status pra-tempahan dan perlu diketahui, ia adalah produk edisi khas yang mana tidak banyak unit yang dikeluarkan.

Oleh yang demikian, anda perlu segera membuat tempahan secepat mungkin sekiranya berminat untuk memilikinya.

Sumber: Asus Malaysia