Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia

AS Bakal Beri Sedikit Kelonggaran Kepada Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat Teknologi Mereka

Diterbitkan November 4, 2019 ยท Dikemas kini November 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Semua sedia maklum bahawa Huawei telah dihalang dari berurusan dengan syarikat Amerika Syarikat, tetapi kelonggaran dibuat menerusi lesen sementara yang diberikan oleh pentadbiran Trump.

Tamat pada bulan Ogos, lanjutan untuk berurus niaga ditambah lagi dengan tempoh 90 hari diberikan kepada Huawei.

Dalam masa yang sama juga, sekitar 260 atau lebih syarikat telah memohon kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk meneruskan hubungan dengan Huawei.

Setiausaha perniagaan Amerika Syarikat Wilbur Ross menyatakan pada satu temubual bersama Bloomberg, lesen akan diberikan lagi dalam masa terdekat.

Namun begitu, dari ratusan syarikat yang meminta kebenaran hanya beberapa sahaja yang akan diberi kelonggaran berurusniaga bersama Huawei. Berkemungkinan besar, syarikat telekomunikasi tidak mendapat kebenaran tersebut kerana halangan keatas Huawei dibuat atas alasan pengintipan melalui perkakasan selular.

Sekatan yang dilakukan bukan sahaja memberi impak kepada Huawei malah menjejaskan syarikat teknologi Amerika Syarikat sendiri seperti Google yang menyediakan sistem serta aplikasi untuk peranti Android, serta pengeluar cip seperti Micron dan Intel.

Sumber: Bloomberg

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY