"Tiada siapa pun tahu apa yang dimahukan Presiden Trump" William Reinsch, bekas pekerja di Jabatan Perdagangan A.S.
Reuters melaporkan, sejak Huawei disenarai hitam oleh pentadbiran Trump, sebanyak 130 permohonan rasmi telah diterima oleh Jabatan Perdagangan A.S dari pelbagai syarikat A.S yang mahu mengadakan urus niaga dengan Huawei.
Malangnya, tiada satu pun dari permohonan tersebut diluluskan oleh jabatan tersebut. Sebelum ini, kerajaan A.S memaklumkan bahawa mereka masih membenarkan syarikat-syarikat A.S melakukan urus niaga dengan Huawei.
Tetapi mereka perlulah membuat permohonan rasmi terlebih dulu bagi urus niaga itu kepada pihak Jabatan Perdagangan A.S.
Menurut salah seorang bekas pekerja jabatan tersebut, para kakitangan di jabatan itu takut untuk melakukan keputusan, khususnya yang berkaitan dengan Huawei.
“Nobody in the executive branch knows what (Trump) wants and they’re all afraid to make a decision without knowing that.” William Reinsch, bekas pekerja di Jabatan Perdagangan A.S.
Huawei setakat ini masih dibenarkan berurus niaga dengan syarikat-syarikat A.S selepas menerima lesen lanjutan sementara dari pentadbiran Trump.
Walaubagaimanapun Huawei tetap menyatakan bahawa ia tetap tidak mengubah fakta bahawa Huawei dilayan dengan tidak adil oleh A.S.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Huawei FreeBuds Pro 3 Hadir Dengan Tanda Harga RM899
- Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei
- Trump Bercadang Membangunkan Platfom Media Sosialnya Sendiri
- 47% Komponen Dalam Huawei Mate 60 Pro Kini Dari China
- HUAWEI FreeBuds 4 Dengan Pembatalan Hingar 2.0 Dilancarkan
- Huawei Menafikan Mereka Menerima Dana Berbilion Dolar Dari Kerajaan China
- Menteri Rasmi Menu RAHMAH McDonalds's, Set Burger Dari RM5
- Huawei Dibuang Dari Badan SD Association
- Aplikasi Media Sosial Trump Akhirnya Dilancarkan, Jadi Aplikasi Paling Popular Di iPhone
- HUAWEI P60 Pro Dan Barisan Produk Lain Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini