Donald Trump Nyatakan Tidak Mahu Berurus Niaga Dengan Huawei

Semua sudah maklum tentang kemelut yang melanda antara kerajaan Amerika Syarikat dan Huawei dimana kemuncaknya, gergasi teknologi dari China itu telah disekat dari melakukan perdagangan dengan syarikat-syarikat dari AS.

Lanjutan daripada itu, Amerika Syarikat telah memberikan lesen sementara kepada Huawei bagi membolehkan pengeluar itu memberikan perkhidmatan sokongan seperti kemaskini dan lain-lain kepada pengguna serta rangkaian sedia ada.

Walaubagaimanapun pada satu persidangan yang berlangsung di Osaka pada Jun lalu, Presiden AS, Donal Trump mengeluarkan kenyataan bahawa produk-produk dari Amerika Syarikat boleh terus dijual kepada Huawei dan tetapi persoalan masih timbul kerana pengeluar itu masih disenarai hitam oleh Jabatan Perdagangan AS.

Menuruti laporan Channel News Asia, Trump menyatakan kepada media bahawa mereka tidak mahu berurus niaga dengan Huawei atas alasan keselamatan negara. Laporan lain pula, kebenaran melalui lesen sementara yang berakhir pada 19 Ogos itu akan dilanjutkan lagi kepada tempoh 90 hari seperti yang diberitakan oleh Business Insider.

Difahamkan, Presiden China, Xi Jinping dan Donald Trumpa akan berhubung antara satu sama lain pada minggu untuk membincangkan berkenaan Huawei.

Sumber: Channel News Asia dan Business Insider.