Call Of Duty: Mobile World Championship Tawar Hadiah Lebih $2 Juta

Ramai peminat permainan mudah alih kecewa selepas pembatalan Kejohanan Dunia Call Of Duty: Mobile akibat pandemik covid-19 tahun lepas.

Semalam, Activision umum kejohanan tersebut kembali lagi dengan kumpulan hadiah (prize pool) melebihi $2 juta, tambahan hadiah didalam permainan beserta tajaan Sony.

https://twitter.com/PlayCODMobile/status/1382370776251133955?s=20

Dikhabarkan, Kejohanan Dunia Call of Duty: Mobile akan bermula pada 3 Jun ini dan akan menampilkan pemain-pemain dari mod Ranked yang layak diseluruh dunia.

Menurut naib presiden mobile Matt Lewis di Activision, Call of Duty: Mobile mendapat sambutan hangat oleh pemain di seluruh dunia. Tambahnya, tambahan kumpulan yang boleh bertanding dan hadiah terkumpul menjadikan ia faktor utama untuk pemain-pemain membuktikan kebolehan terbaik mereka.

Pemain yang layak bertanding akan melalui beberapa peringkat secara serantau (regionally). Peserta Kejohanan Akhir Dunia adalah antara pemenang teratas didalam pertandingan dalam permainan dan pertandingan lain yang bakal diumum Activision kelak.

Menariknya, pemain yang berjaya ke playoff serantau dan Kejohanan Dunia akan bersaing menggunakan telefon pintar Sony Xperia 1 III yang baru diumum Sony semalam.

Untuk yang berminat untuk menyertai, syarat kelayakan peserta mestilah berumur lebih 18 tahun. Peserta juga mesti capai level 10 dan keatas dalam mod Ranked serta sebahagian dari wilayah yang layak.

Maklumat lanjut berkaitan ini boleh layari laman web rasmi Call of Duty.