Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Case

Apple Watch Tidak Akan Sokong Pemantauan Tekanan Darah Dan Kandungan Gula

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Ciri sukatan tekanan darah yang dirancang untuk diaplikasikan pada Apple Watch nampaknya tidak akan dilaksanakan sehingga 2024, menurut sumber.

Namun, Apple masih terus membangunkan sensor dan perisian Apple Watch untuk mencapai cita-cita tersebut.

Antara masalah yang dihadapi ketika fasa percubaan ialah ketepatannya. Apple kini sedang mengujinya pada kakitangannya.

Jika dapat diimplimentasi kelak, pengguna tidak dapat mengetahui bacaan sistolik dan diastoliknya tetapi hanya diberi amaran jika mereka berisiko menghidap tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Ciri ini sudah dirancang selama 4 tahun namun mungkin penyertaannya pada Apple Watch akan ditangguhkan lagi 2 tahun.

Selain itu, sebuah lagi ciri iaitu pemantauan kandungan gula dalam darah juga sedang dibangunkan.

Walaupun dua ciri di atas masih jauh perjalanannya, namun antara yang dilihat akan disertakan dalam masa terdekat ialah ciri yang bermanfaat untuk golongan wanita.

Antara pesaing yang telah meletakkan ciri sukatan tekanan darah ialah Samsung namun peranti mereka masih memerlukan penyelarasan (calibration) bulanan, menunjukkan fungsi ini agak sukar diselia.

Apple merancang untuk lancarkan 3 model baharu, versi biasa, SE dan sebuah lagi dengan kerangka rugged yang menyasarkan untuk ahli sukan.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Apple Mungkin Akan Perkenal Pengecas 35W Dwi USB-C
  • Gorila Ketagih Dengan Telefon, Penjaga Zoo Khuatir Tidak Pandai Bergaul
  • Cara ‘Unlock’ iPhone Dengan ‘Face Mask’ Tanpa Apple Watch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY