Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
35W Dual USB-C Power Adapte

Apple Mungkin Akan Perkenal Pengecas 35W Dwi USB-C

Diterbitkan April 12, 2022 · Dikemas kini April 12, 2022 oleh Faiz Munir

Minggu lalu, terdapat laporan bahawa Apple sedang menghasilkan palam pengecasan 35W Dwi USB-C. Dengan palam ini, ia membenarkan pengguna untuk mengecas dua peranti serentak.

Kini tertiris gambar berkenaan dengan palam pengecasan tersebut. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh @chargerlab di Twitter, palam pengecasan ini hadir dengan dua lubang USB-C. Tidak seperti palam lain lubang USB-C ini disusun bersebelahan dan bukannya bertingkat.

#Apple is planning to release its first 35W dual USB-C charger.#ChargerLAB got the leaked pics of it. It adopts foldable prongs, and unlike other chargers, two USB-C ports are side by side.

We’ll bring more information about this charger.#applecharger #tech #iPhone14 pic.twitter.com/wzyR7bdHdi

— ChargerLAB (@chargerlab) April 12, 2022

Pada bahagian kiri dan kanan palam ini pula terdapatnya lekuk berbentuk bulat. Jika hendak dibandingkan dengan palam pengecasan Apple biasa, lekuk ini adalah sedikit  memanjang.

apple charger adapter
Palam pengecasan 20W Apple

Palam ini tidak sengaja disiarkan oleh Apple pada “support document” di laman sesawangnya. Berdasarkan dokumen tersebut juga, dikatakan palam pengecasan ini akan menyokong USB-PD (power delivery) untuk pengecasan pantas bagi peranti yang menyokongnya.

Dengan pengecasan 35W ini juga, ia mampu mengecas Macbook Air M1 dengan lebih pantas berbanding dengan palam pengecasan yang tersedia bagi komputer riba tersebut.

Walau bagaimanapun, semestinya hal itu boleh dilakukan dengan hanya menggunakan 1 lubang pengecasan sahaja. Jika kedua-duanya digunakan, kuasa akan dibahagikan kepada dua peranti yang sedang dicas.

Dikatakan, Apple akan melancarkan palam pengecasan 35W Dwi USB-C ini bersama dengan iPhone 14 pada bulan 9 ini.

Buat masa ini itu sahaja yang kita dapat tahu tentang palam pengecasan ini. ChargerLAB juga akan berkongsi lebih banyak maklumat berkenaan dengan aksesori ini tidak lama lagi.

Sumber: ChargerLAB

Baca juga:

  • Apple Baru Sahaja Daftar Paten Untuk ‘Game Controller’ Bagi iPhone
  • Akhirnya, BigPay Sokong Pembayaran Dan Pemindahan Wang Melalui DuitNow QR
  • OnePlus Dilapor Sedang Bangunkan Peranti Boleh Lipat Kompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY