Apple Watch - Mungkin Bakal Ada Ciri Sambungan Satelit Untuk Pengguna

Apple merancang untuk menyertakan ciri sambungan satelit untuk peranti Apple Watch. Ciri tersebut akan memberi sokongan teks kecemasan dan SOS response untuk pengguna sekiranya mereka berada dalam keadaan kecemasan.

Berdasarkan ura-ura sebelum ini, Apple dikhabar akan memperkenalkan ciri sambungan satelit dalam siri iPhone 13. Akan tetapi sekarang kita mungkin akan dapat melihat ciri tersebut dalam siri iPhone 14 yang mungkin akan hadir pada bulan September nanti.

Apple watch satelit

Erti kata lain, pengilang Apple berhajat untuk membawa dan memperkenalkan ciri ini sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan. Ciri ini terbahagi kepada 2 bahagian di mana yang pertama adalah penghantaran mesej kecemasan melalui Contacts.

Seterusnya, pengguna Apple boleh menggunakan sambungan satelit ini untuk melaporkan kecemasan atau krisis yang berlaku berdekatan mereka seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya.

Apa yang menarik adalah ciri ini membolehkan anda melaporkan sebarang kecemasan secara terperinci seperti jenis kenderaan yang terlibat, situasi kemalangan tersebut dan mungkin bilangan individu yang terbilat.

Ciri sambungan satelit ini membolehkan penggunanya menghantar mesej atau melaporkan kecemasan melalui rangkaian satelit tanpa sokongan rangkaian telefon pintar.

Walau bagaimanapun, perkara ini merupakan khabar angin yang diheboh dan dilaporkan oleh media antarabangsa. Oleh itu, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Apple.

Sumber: bloomberg

Baca juga: