Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Tambah Ciri Baharu Untuk Perisian iWork

Posted on September 30, 2021

Apple baru sahaja mengemaskini dengan penambahan beberapa ciri baharu buat perisian produktiviti mereka atau dikenali sebagai iWork.

Bagi anda yang tidak tahu, iWork merangkumi aplikasi seperti Microsoft Office, iaitu Pages, Keynote dan Numbers. Seiring dengan iOS 15 dan macOS Monterey, perisian tersebut turut menerima penambahbaikan.

Ciri Quick Translation

Menerusi Pages, ia kini memudahkan pengguna untuk melihat dan menyunting dokumen yang juga dioptimumkan khusus untuk iPhone.

Selain itu, Numbers pula membenarkan pengguna meringkas, mengelompokkan dan menyusun semula data dengan cepat melalui jadual pangsi.

Malah, jadual pangsi juga sudah hadir dengan ciri penuh ke telefon pintar. Oleh yang demikian, pengguna ekosistem Apple lebih mudah untuk melakukan serta menyambung tugasan daripada mana-mana peranti.

Ciri baharu dalam Keynotes, pengguna dapat membuat pembentangan dengan lebih interaktif kerana boleh menambah video secara langsung dan terus ke slaid pembentangan. Sesuai dengan situasi semasa yang banyak secara dalam talian.

Sekiranya anda mahu menggunakan ciri baharu ini, kemas kini sudah pun dikeluarkan. Anda hanya perlu menjalankan sistem operasi iOS 15, iPadOS 15 dan macOS Monterey sahaja.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max
  • iPhone Akan Datang Mungkin Tiada Lagi Sambungan Berwayar
  • Apple Selesaikan Isu Aplikasi Pihak Ketiga Tak Dapat Guna 120Hz Sepenuhnya

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress