Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Patenkan Sarung Pelindung Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala

Apple Patenkan Sarung Pelindung Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala

Diterbitkan Julai 17, 2020 oleh Amalina Athman

Seperti sedia maklum, Apple telah menghasilkan Smart Battery Case untuk iPhone, dimana apabila dimuatkan pada iPhone ia akan mula mengecas peranti. Bagaimanapun, terdapat sambungan Lightning terbina pada kerangka untuk memastikan iPhone tersebut dicas.

Terbaru, Apple telah memfailkan permohonan paten untuk membangunkan teknologi pengecasan tanpa wayar dua hala pada kerangka bateri terbina. Menariknya, kerangka bateri ini tidak memerlukan sambungan Lightning.

pengecasan tanpa wayar iphone

Dalam permohonan tersebut, ia menyatakan,

“Battery case has first and second coils on opposing sides of a battery and has switching circuitry that is coupled between the first and second coils.”

Dengan itu, kerangka ini akan menggunakan bateri terbina untuk memberikan kuasa kepada peranti. Dalam erti kata lain, generasi Smart Battery Case akan datang mungkin tidak akan diserta sambungan Lightning dan mengecas peranti hanya melalui pengecasan tanpa wayar Qi.

Permohonan paten dari Apple ini juga mungkin bermakna, perkhabaran mengenai iPhone akan datang tidak akan dimuatkan dengan sebarang port pengecasan menjadi kenyataan.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY