Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook 2021

Ming-Chi Kuo: Model MacBook Dengan Rekaan Baharu Mungkin Dilancar Separuh Kedua 2021

Diterbitkan November 25, 2020 ยท Dikemas kini November 25, 2020 oleh Amalina Athman

Berdasarkan laporan penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo, Apple kini dalam perancangan untuk melancarkan model MacBook baharu, yang dikuasakan cip dari Apple Silicon pada separuh kedua 2021.

Dalam laporan tersebut, Kuo menyatakan model MacBook baharu ini akan hadir dengan rekaan baharu. Bagaimanapun, Kuo tidak menyatakan dengan lebih spesifik model mana yang akan menerima rekaan baharu ini. Akan tetapi, Kuo sebelum ini mendakwa model MacBook Pro 14 dan 16 inci akan dilancarkan pada suku kedua atau ketiga tahun 2021.

Dengan itu, kemungkinan kedua-dua model ini akan dilancarkan dengan rekaan baharu pada tahun hadapan.

Terdahulu, Apple telah memperkenalkan cip M1 yang merupakan cip pertama untuk Apple Silicon pada awal November ini. Antara yang menerima cip M1 adalah MacBook Air dan MacBook Pro 13 inci.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY