Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12 pro max

Apple Baru Sahaja Daftar Paten Untuk ‘Game Controller’ Bagi iPhone

Diterbitkan April 12, 2022 · Dikemas kini April 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan daripada Cult of Mac mengatakan Apple sudah menyerahkan paten dipanggil “Magnetically Attachable Gaming Accessory” pada bulan lepas.

Ia dikatakan sedia untuk dipasangkan bersama peranti Apple seperti iPhone, iPad dan Apple TV.

Dalam dokumen tersebut, ia dirujuk sebagai “Aksesori yang boleh meningkatkan fungsi tertentu pada peranti elektronik, boleh disertakan pada peranti elektronik, mudah digunakan dan boleh hadir dalam bentuk kecil dan efisien. Satu contoh boleh menyediakan aksesori permainan yang boleh meningkatkan fungsi bermain permainan peranti elektronik, seperti telefon, tablet atau peranti pengkomputeran lain.”

Apple Baru Sahaja Daftar Paten Untuk ‘Game Controller’ Bagi iPhone

Berdasarkan imej, ia dilihat seperti controller clip-on di mana pengguna boleh letakkan butang pada sisi atau bawah peranti seperti telefon, tablet.

Selain itu, yang menjadi keunikannya ialah pilihan untuk menyertakan projektor built-in untuk memberi pengguna paparan yang lebih luas.

Akan tetapi, yang terus menjadi pertanyaan apakah Apple akan merealisasikan paten ini ke dunia sebenar. Hal ini kerana banyak saja paten yang kekal atas kertas tanpa dibangunkan.

Sumber: UPTO, Cult of Mac

Baca juga:

  • ePemula: Sah, Anda Tidak Boleh ‘Top-Up’ ShopeePay Di 7-Eleven Atau Beli Barang Shopee
  • OnePlus Dilapor Sedang Bangunkan Peranti Boleh Lipat Kompak
  • Cara ‘Unlock’ iPhone Dengan ‘Face Mask’ Tanpa Apple Watch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY