Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
silent airtag

Mudah Didapati Dalam Talian, AirTag Ubah Suai Dijual Untuk Intip Individu

Diterbitkan Februari 8, 2022 ยท Dikemas kini Februari 8, 2022 oleh Faiz Munir

Kebelakangan ini, terdapat laporan AirTag ini disalah guna untuk mengintip mangsa. Walaupun tujuan sebenar AirTag ini adalah untuk menjejak barang yang hilang, namun tidak dinafikan masih ada yang cuba untuk menggunakannya untuk tujuan jahat.

Kini, terdapat AirTag yang telah diubah suai mula dikesan dijual secara dalam talian. AirTag ini tidak lagi mengeluarkan bunyi jika gajet ini berjauhan daripada pemilik. Disebabkan itu, orang yang diintip tidak akan sedar jika AirTag asing diletakkan pada mereka sehingga dia menerima notifikasi bahawa terdapat AirTag asing bersamanya.

Perkara ini dikongsikan oleh Eva, pengarah Cyberscurity Electronic Frontier Foundation (EFF) yang berkongsi kekecewaan beliau tentang pengubahsuaian gajet ini. AirTag ini dijual oleh Etsy, sebuah gedung jualan dalam talian namun ia telah dikeluarkan daripada senarai jualan disebabkan penggunaan tidak tentu arah ini.

https://twitter.com/evacide/status/1488929112034926595?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1488929112034926595%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ubergizmo.com%2F2022%2F02%2Fmodified-silent-airtags-sold%2F

Menurut Etsy pula, mereka menjual gajet tersebut kerana terdapat permohonan daripada pembeli yang menginginkan AirTag ubah suai ini untuk diletakkan pada basikal, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Disebabkan kita sudah dapat melihat AirTag yang diubah suai ini, tidak mustahil perkara ini masih ada lagi pihak yang cuba mengeksploit AirTag ini untuk tujuan jahat dan menjualnya secara tidak sah.

Sumber: PCMag

Baca juga:

  • Perlu Berhati-hati, Penjenayah Salah Guna AirTag Untuk Tujuan Jahat
  • Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini
  • Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY