Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga youtube premium

Harga Langganan YouTube Premium Di AS Naik Lagi

Diterbitkan Julai 21, 2023 oleh ariff bukhari

Berita kurang enak dari Google kerana langganan untuk pelan YouTube Premium dinaikkan daripada USD11.99 kepada USD13.99 dan USD18.99 jika langganan dibuat menerusi aplikasi YouTube dari peranti iOS.

Memetik petikan jurucakap Google daripada laporan 9TO5Google, harga untuk pelanggan YouTube Premium dan YouTube Music Premium di AS dikemas kini adalah bagi terus menyampaikan perkhidmatan dan ciri yang hebat.

Google juga menyatakan harga baharu ini mencerminkan nilai YouTube Premium yang membolehkan pelanggan mereka menikmati YouTube tanpa iklan, akses luar talian serta tanpa gangguan.

Walaupun pelanggan YouTube Premium di AS sahaja yang terkesan buat masa ini, tetapi ini menandakan kemungkinan besar harga langganan servis itu akan turut dinaikkan di negara-negara lain juga nanti.

Untuk harga langganan YouTube Premium di Malaysia ketika ini, ia berharga RM17.90/bulan. Untuk pelan Keluarga dan Pelajar pula masing-masing adalah RM33.90/bulan dan 10.90/bulan.

Harga YouTube Premium di Malaysia

Berkaitan

  • HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099
  • Kelajuan Perkhidmatan Internet Jalur Lebar TM Masih Rendah - Ookla
  • CelcomDigi Tawar Galaxy S22 Ultra Serendah RM3,899

Sumber: 9TO5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY