Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Diarah Tarik Balik Produk iPhone Dari Kedai Di Jerman

Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

Diterbitkan November 3, 2021 · Dikemas kini November 3, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Masalah bekalan cip bukan lagi perkata baru dalam era pandemik ini. Semua pengeluar barangan elektronik dari telefon pintar hingga ke automotif mengalami masalah yang sama. Intel sebelum ini mengatakan isu ini akan berlanjutan sehingga 2023 manakala pesaingnya, AMD lebih optimistik dengan menjangkakan keadaan akan menjadi lebih baik pada tahun hadapan.

Tim Cook mengakui isu bekalan cip memberi kesan besar pada Apple sehinggakan mereka terpaksa mengurangkan sebanyak 10 juta unit dalam siri iPhone 13 tahun ini sahaja akibat masalah ini. Cook bagaimanapun berkata Apple mencuba sebaik mungkin memastikan bekalan iPhone 13 mencukupi untuk pengguna di seluruh dunia.

Apple bagaimanapun meramalkan pendapatan mereka untuk suku ketiga 2021 akan mengalami penurunan seperti mana telah dinyatakan mereka sendiri Julai lalu berkaitan isu bekalan cip.

Walaupun begitu, untuk suku keempat 2021, sumbangan jualan iPhone dalam pendapatan Apple dijangka melebihi 60% pada hujung tahun ini, mengekalkannya sebagai produk yang sangat penting untuk Apple. Keuntungan tahun fiskal ini telah mencapai $94.6 bilion, jauh melepasi rekod sebelum ini iaitu $58.5 pada 2018.

Bukan sahaja penghantaran bagi siri iPhone 13, Apple Watch, siri iPad mini telah dijadualkan pada Disember ini malah produk keluaran lama seperti iMac juga akan mengalami kelewatan.

Sumber: GizChina

Baca juga:

  • Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple
  • Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia
  • Apple Mahu Tawar Ciri Mirip Pixel, Mengesan Kemalangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY