Mungkin iPhone 8 adalah kategori terbaru telefon pintar bajet dari Apple, tapi...
Menurut laporan dari Economic Daily News (EDN), Apple dikatakan akan melancarkan versi terbaru iPhone 8 dalam bulan Mac tahun hadapan.
Laporan itu menyatakan iPhone tersebut akan kekal menggunakan skrin LCD bersaiz 4.7", kamera tunggal di belakang serta mengekalkan butang Home. Tetapi cip pemprosesannya dijangka akan dinaik taraf kepada Apple A13 dan storan berkapasiti 128GB.
Laporan tersebut adalah berdasarkan sumber daripada Fubon Securities Investment Trust yang berpangkalan di Taiwan.
iPhone 8 telah dilancarkan pada September 2017 lalu bersama iPhone 8 Plus yang bersaiz 5.5' serta iPhone X. iPhone 8 berharga dari RM3649.00 ketika ia mula dilancarkan.
Jika ura-ura ini benar, maka iPhone 8 bolehlah dikategorikan sebagai telefon pintar bajet dari Apple, bukan lagi iPhone SE.
Sungguhpun ia akan dikategorikan sebagai iPhone bajet, tetapi harganya dijangka akan berada dalam lingkungan harga jualannya sekarang iaitu RM2,899.00. Jadi, taklah bajet sangat.
Sumber: Macrumors
Berkaitan
- Macbook Pro 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Pemprosesan 8 teras
- PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta
- Isu Kerentanan Pada Peranti Android Lebih Banyak Berbanding iPhone - Penyelidik
- OnePlus Melancarkan Model Terbaru OnePlus 7T Yang Dikuasakan Snapdragon 855+
- Sierra Forest, Cip Pemprosesan Intel Xeon Berprestasi Tinggi Dengan 288 Teras
- Apple Melancarkan Program Pembaikan Percuma Untuk iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus
- Penggodam Ternama iPhone Diupah Untuk Selesaikan Isu Carian Twitter
- Samsung Perkenal 2 Model Monitor Pintar Baharu, Harga Dari RM2,788
- iPhone Memacu Apple Kembali Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2022
- Apple Mengatakan Membaik Pulih Sendiri iPhone Boleh Mencederakan Diri Pengguna