Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Sampai 2 Bulan Di Pasaran, MacBook Pro 2021 Ada Masalah Kad SD Tak Berfungsi

Apple Dijangka Bawa Tujuh Mac Baharu, Empat Daripadanya Guna Cip M2

Diterbitkan Februari 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Februari sudah hampir ke penamatnya dan ini bermakna sebuah acara daripada Apple akan kembali membawakan berita-berita mengujakan untuk peminat teknologi.

Acara Apple tersebut diramal akan dilangsungkan pada 8 Mac 2022 (9 Mac waktu Malaysia) tetapi Mark Gurman mengatakan untuk siri Mac, beberapa model akan dilancarkan pada Mei atau Jun.

Kita telah melihat bagaimana Apple telah ‘membuang’ cip Intel pada peranti mereka sejak 2020 dan cip M1 dijulang oleh sekalian para profesional kerana prestasinya yang sangat baik.

Meneruskan legasi ini, berikut ialah model-model yang dijangka akan dilancarkan tahun ini.

  • Mac mini baharu dengan cip M1 Pro
  • MacBook Pro 13 inci dengan cip M2
  • Mac mini dengan cip M2
  • iMac 24 inci dengan cip M2
  • MacBook Air dengan cip M2 bersama rekaan baharu
  • iMac Pro dengan cip M1 Pro dan pilihan M1 Max bersama saiz yang lebih besar
  • Mac Pro yang lebih kecil, juga dengan cip Apple yang sama kuasa dengan 2-4 cip M1 Max

Beliau juga menjangkakan versi Pro dan Max untuk cip M2 akan diperkenal seawal 2023 bersama-sama dengan cip M3.

Dalam pada itu, Apple juga mungkin akan merasmikan model baharu iPhone SE yang menyokong 5G, iPad Air dan sekurang-kurang satu model Mac pada bulan hadapan.

Sumber: Mark Gurman

Baca juga:

  • Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini
  • Gurman: MacBook Tak Boleh Nak Guna Teknologi Face ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY