Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teknologi bateri Apple Car

Apple Sasarkan Pengeluaran Kereta Pandu Sendiri Dengan Teknologi Bateri Terkini Pada Tahun 2024

Diterbitkan Disember 22, 2020 oleh Amalina Athman

Semalam, kami melaporkan Apple Car mungkin dilancarkan pada September 2021. Memetik laporan Reuters pada hari ini, Apple akan memulakan pengeluaran kereta pandu sendiri bermula 2024.

Umum mengetahui, laporan mengenai Apple yang ingin membangunkan kereta pandu sendiri Apple Car bukan lagi rahsia. Apple telah mula membangunkan projek seperti ini sejak 2014.

Kini, Apple dikatakan sedang membangunkan teknologi bateri baharu yang berpotensi untuk “secara radikal” mengurangkan kos bateri dan meningkatkan julat kenderaan.

Bagi bateri kereta, Apple merancang untuk menggunakan reka bentuk “monocell” yang unik dan boleh mengumpulkan sel-sel individu di dalam bateri serta memberikan ruang di dalam pek bateri dengan mengeluarkanĀ pouch dan modul yang menyimpan bahan bateri. Menurut Reuters,

“Apple’s design means that more active material can be packed inside the battery, giving the car a potentially longer range. Apple is also examining a chemistry for the battery called LFP, or lithium iron phosphate, the person said, which is inherently less likely to overheat and is thus safer than other types of lithium-ion batteries.”

Sumber tersebut menggambarkan teknologi bateri Apple sebagai “next level” dan mengatakan bahawa ia serupa dengan “kali pertama anda melihat iPhone.”

Apple Car juga mungkin dilengkapi pelbagai sensor LiDAR untuk mengimbas jarak yang berbeza. Beberapa daripadanya boleh dihasilkan melalui unit LiDAR yang dibangunkan secara dalaman oleh Apple.

Dalam pada itu, pengeluaran Apple Car mungkin ditangguhkan sehingga 2025 berikutan krisis kesihatan global yang berlaku pada masa ini.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY