Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hyundai Apple Car

Hyundai Sahkan Rundingan Awal Dengan Apple Untuk Pembangunan Apple Car

Diterbitkan Januari 8, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, khabar mengenai Apple akan membangunkan kereta pandu sendiri Apple Car bukanlah perkara baharu. Terkini, Hyundai telah mengesahkan mereka dalam perbincangan awal bersama Apple untuk penghasilan Apple Car. Menurut wakil Hyundai Motor,

“We understand that Apple is in discussion with a variety of global automakers, including Hyundai Motor. As the discussion is at its early stage, nothing has been decided,”

Kenyataan ini dikeluarkan susulan laporan laman Korea Economic Daily yang mendakwa Apple dalam perancangan untuk bekerjasama dengan Hyundai bagi penghasilan Apple Car.

Laporan itu mengatakan Apple dalam proses rundingan bersama Hyundai untuk menghasilkan kenderaan elektrik serta pembangunan bateri.

Saham Hyundai Motor turut melonjak naik sebanyak 20% setelah laporan mengatakan pembuat kereta itu sedang berbincang dengan Apple untuk bekerjasama dalam membangunkan kenderaan pandu sendiri.

Sementara itu, Apple telah menolak untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung laporan yang dikeluarkan.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY