Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG BEST SHOP-2

Apple Bersetuju Untuk Jual iPhone Di Kedai LG

Diterbitkan Julai 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini terdapat laporan yang LG dalam perbincangan dengan Apple untuk menjual iPhone di kedai mereka. Kini, laporan terbaru dari media Korea Selatan menyatakan Apple bersetuju dengan LG.

Bermakna, beberapa produk Apple seperti iPhone, Apple Watch dan iPad juga akan dijual di 400 kedai LG Korea Selatan yang dijangka bermula Ogos ini.

Meskipun begitu, komputer Mac tidak akan dijual kerana ia akan memberikan persaingan dengan komputer daripada mereka.

Buat pengetahuan, di negara tersebut, Samsung memegang pasaran telefon pintar dengan 67% berbanding Apple hanya 22% pada suku pertama 2021.

Dengan pelancaran telefon boleh lipat Samsung pada bulan hadapan, ia akan terus mengukuhkan lagi pegangan mereka di Korea Selatan.

Sumber: herald economic daily

Baca juga artikel berkaitan:

  • Barisan TV OLED LG 4K Dan 8K Akan Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
  • Ini Adalah LG Velvet 2 Pro, Telefon LG Yang Tak Boleh Dimiliki
  • iPhone 13 Mungkin Bawa Ciri Dari Apple Watch Dan iPad Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY