Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Truecaller Akan Dipasang Siap-Siap Dalam Telefon Android Di Malaysia

Semua Aplikasi Di Play Store Tidak Lagi Dibenarkan Rakam Panggilan Mulai Bulan Depan

Diterbitkan April 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Ciri rakaman dalam panggilan antara ciri yang berguna terutamanya dalam waktu-waktu kita sering mendapat panggilan daripada scammer.

Bagaimanapun, berita buruknya ialah Google akan menguatkuasakan perubahan polisi baharu pada untuk kesemua aplikasi tersedia di Play Store bermula 11 Mei ini.

Salah satunya ialah tidak lagi membenarkan aplikasi dari Play Store untuk merakam panggilan.

Terdahulu, Google telah melakukan perkara yang lebih kurang sama pada Android 6 kemudian mengetatkan lagi pada Android 10 dengan membuang ciri rekod audio melalui mikrofon.

Namun, terdapat kelompongan (loophole) pada API aplikasi yang membuatkan perisian Android masih boleh merakam ketika ini.

Berita baiknya, sekatan ini hanya dikenakan pada aplikasi daripada pihak ketiga.

Ini bermakna aplikasi yang hadir bersama telefon atau native application yang juga sesetengahnya digelar bloatware tidak terkesan dan akan masih terus boleh merakam panggilan.

Misalnya, ciri rakaman panggilan dalam aplikasi Mi Dialer dalam telefon Xiaomi dan Dialer dalam Pixel akan tetap dibenarkan merakam selepas 11 Mei ini.

Sumber: Google

Baca juga:

  • 10 Peranti Android Yang Dilapor Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi
  • 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas
  • Pengguna Android 12 Bakal Terima Ciri Main ‘Game’ Sambil Ia Dimuat Turun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY