Apple Akhirnya Akan Mula Menjual iPhone Made In India Seawal Bulan Ini

Menurut laporan dari The Wall Street Journal, syarikat yang berpangkalan di Taiwan, Wistron Corp telah menyiapkan pemasangan batch pertama iPhone yang dihasilkan di Bengaluru, India. Wistron Corp sedang menjalankan assembly running test dan dijangka akan mula dipasarkan seawal bulan ini.

Dalam satu kenyataan lain, Apple turut mengesahkan pengeluaran sebilangan kecil model iPhone SE di Silicon Valley, India. Menurut Economic Times, Apple sudah bersedia mengeluarkan sebanyak 25,000-50,000 unit untuk model iPhone SE pertama buatan dari India.

Dengan kutipan jualan iPhone di pasaran China jatuh ketika ini, Apple menyasarkan pula pasaran di India untuk menaikkan semula pertumbuhan syarikat mereka.

Ketika ini Apple memegang 10% pasaran telefon pintar di India. Menurut kajian yang dilakukan oleh firma analisa ekonomi Counterpoint, Apple berhadapan pesaingan yang sangat sengit di India dengan penduduk disana lebih menumpukan pada Samsung atau telefon dari China yang lain.

Langkah yang diambil Apple untuk menghasilkan iPhone di India ini jelas memperlihatkan strategi baru untuk menakluki pasaran Asia Tenggara dengan merendahkan kos buatan dan harga jualan. iPhone SE 'Made In India' akan dijual lebih kurang pada $100, jauh lebih rendah berbanding harga yang dijual di India ketika ini, $320.

Philip Schiller, Naib Presiden Kanan Apple Marketing Worldwide menafikan kenyataan tentang Apple cuba menjual iPhone dengan lebih rendah di beberapa kawasan tumpuan.

Beliau menjelaskan Apple mengambil langkah sedemikian sebagai uasaha untuk  menghasilkan peranti dengan harga yang lebih rendah dan konsisten. Bukan untuk pasaran India semata-mata.

Baca lagi artikel kami sebelum ini: Apple Akan Mula Dikilangkan Di India

Sumber

Berkaitan