Jumlah itu termasuklah dari Apple App Store dan Google Play Store.
Menurut data statistik dari laman Sensor Tower, aplikasi sosial TikTok dari ByteDance sudah melepasi 1.5 bilion muat turun di seluruh dunia.
Jumlah itu termasuklah dari muat turun oleh pengguna peranti Android dan iOS. Sekaligus menjadikannya sebagai salah satu dariapda aplikasi paling popular di dunia ketika ini.

Dalam bulan Februari lalu, TikTok sudah mencapai muat turun 1 bilion muat turun dan pengguna di India ketika ini adalah menjadi pengguna yang paling ramai memuat turun aplikasi tersebut berdasarkan kepada data dari laman Statista.

Setakat ini menurut Sensor Tower, menerusi aplikasi TikTok sahaja ByteDance dianggarkan telah menjana keuntungan sebanyak USD175 juta. Penyumbang utama kepada keuntungan tersebut adalah dari pengguna di China (48.3%) diikuti A.S (35.7%) dan Great Britain (3.9%).
Disebabkan terlalu popular, beberapa negara telah mengambil tindakan dengan menyekat aplikasi itu dari dimuat turun oleh pengguna seperti di India.
Malah TikTok juga dilaporkan sedang berdepan dengan siasatan oleh kerajaan A.S berikutan kebimbangan terhadap penggunaan aplikasi tersebut yang semakin meningkat popular dikalangan remaja A.S.
Berkaitan
- Rujuk Dahulu Hadis-Hadis Sebelum Kongsi Menerusi Aplikasi Pintar Ini
- Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data
- Aplikasi Rasmi Messenger Untuk macOS dan Windows Akan Hadir Tahun Ini
- Aplikasi Gmail Kini Menyokong Tema Gelap Di Peranti Android Dan iOS
- Dapatkan Pulangan Tunai Sehingga RM20 Dari Digi Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- PNB Melancarkan Raiz, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia
- Google Menasihatkan Pengguna Telefon Pintar Huawei Supaya Tidak Memasang Aplikasi Google Secara Tidak Sah
- 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas
- Perisian Hasad Dan Android Tiada Kesudahan, 49 Lagi Aplikasi Android Didapati Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya
- Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini Kerana Mencuri Data Sulit Akaun Facebook Anda