Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi ‘Snipping Tool’ Di Windows 11 Kini Dengan Ciri Baharu

Aplikasi ‘Snipping Tool’ Di Windows 11 Kini Dengan Ciri Baharu

Diterbitkan Oktober 14, 2024 · Dikemas kini Oktober 14, 2024 oleh ariff bukhari

Tidak lagi hanya tangkap layar untuk menyalin perkataan atau imej daripada skrin PC anda, Microsoft menerusi Windows Insiders (Windows 11 preview builds Beta Channel, Dev Channel dan Windows Server 2025 preview build baharu), mereka mengemas kini aplikasi Snipping Tool dengan keupayaan untuk menyalin data berjadual.

“Kami sedang melancarkan kemas kini untuk Snipping Tool (versi 11.2409.22.0 dan lebih baharu) kepada Windows Insiders dalam Canary dan Dev Channels yang memperkenalkan ciri baharu “Copy as table”.

Sebagai contoh, untuk menggunakan ciri ini, anda tangkap layar dengan data berjadual, pilih “Text actions” dan pilih “Copy as table.”

Aplikasi ‘Snipping Tool’ Di Windows 11 Kini Dengan Ciri Baharu
Snipping Tools menunjukkan ciri “copy as table” dengan teks ditampal ke dalam Microsoft Excel.

Microsoft berkata, pengguna kini boleh menggunakan “Copy as table” untuk menyalin data jadual berstruktur dengan mudah ke dalam e-mel, dokumen atau hamparan.

Ciri baharu aplikasi Snipping Tool ini dijangka akan tersedia kepada semua pengguna Windows 11 menerusi kemas kini terbahru akan datang.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • PUBG MOBILE X Venom Bermula 18 Oktober Ini
  • HarmonyOS NEXT, Huawei Kini Meninggalkan Android Sepenuhnya

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY