Aplikasi Snapchat Sudah Mencecah 500 Juta Pengguna di PlayStore

Awal bulan ini, Snapchat telah mengumumkan mereka merupakan sebuah syarikat public listed. Saham mereka di NYSE telah ditawarkan pada $17 pada mulanya tetapi telah meningkat sehingga $25, peningkatan sebanyak 47% dalam masa yang singkat.

gsmarena_001

Hari ini aplikasi media sosial yang memfokuskan pada video pendek seaakan Instagram Stories ini sudah mencecah 500 juta pengguna di PlayStore. Peningkatan yang mendadak ini dikatakan bermula selepas Snapchat diumumkan sebagai syarikat public listed . Dengan peningkatan pengguna Android ketika ini, diharapkan mereka dapat menghasilkan antara-muka yang lebih menarik untuk platform Android.

Sumber