Netflix tahun lalu mengemas kini antara muka TV mereka, dan kini giliran aplikasi mudah alih pula diberikan “nafas baharu”.
Kemas kini yang dilancarkan hari ini membawa reka bentuk lebih ringkas dengan navigasi yang dipermudahkan, serta paparan kandungan dalam format menegak yang lebih sesuai dengan penggunaan telefon.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah ‘Clips’, iaitu suapan (feed) video pendek dalam format menegak. Melaluinya, pengguna boleh melihat klip ringkas daripada siri, filem dan rancangan khas yang disesuaikan dengan minat masing-masing. Ia direka untuk membantu pengguna membuat pilihan tontonan dengan lebih cepat tanpa perlu menatal terlalu lama.

Daripada suapan ini juga, pengguna boleh terus menambah kandungan ke dalam “My List”, berkongsi klip kepada rakan melalui mesej atau media sosial, serta meneroka lebih banyak cadangan yang disesuaikanĀ mengikut keperluan seperti tontonan keluarga atau hiburan santai.
Netflix juga menyatakan Clips akan diperluaskan pada masa hadapan untuk turut menyokong podcast, siaran langsung dan koleksi berdasarkan genre atau minat tertentu.

Kemas kini ini sudah tersedia bermula hari ini di beberapa negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, UK, Australia, Kanada, Filipina, Kanada dan akan dilancarkan secara berperingkat ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
{suggest}
