Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Profesional Blackmagic Tiba Di Android, Tapi Hanya Pada Peranti Terpilih

Aplikasi Kamera Blackmagic Kini Sokong Lebih Banyak Telefon Android

Diterbitkan Julai 28, 2024 · Dikemas kini Julai 28, 2024 oleh ariff bukhari

Blackmagic Design telah pun melancarkan aplikasi kamera profesional mereka untuk telefon pintar Android selepas memperkenalkannya terlebih dulu di iPhone.

Walaubagaimanapun, aplikasi Blackmagic Camera itu hanya disokong oleh telefon pintar Samsung Galaxy dan Google Pixel terpilih sahaja ketika mula dilancarkan termasuklah Galaxy S23, S23 Plus, S23 Ultra, Galaxy S24, S24 Plus, S24 Ultra dan Google Pixel 7, 7a, 7 Pro, 8 dan 8 Pro.

Tetapi kini, aplikasi tersebut sudah mula menyokong lebih banyak telefon pintar Android termasuklah siri Xiaomi 13 dan 14, siri OnePlus 11 dan 12, siri Samsung Galaxy S21 dan S22, Google Pixel 6, 6 Pro dan 6a.

Blackmagic Camera for Android 1.1

Selain itu, aplikasi itu dikemas kini dengan peningkatan pengalaman pengguna seperti ciri paparan skrin yang lebih besar untuk pelarasan fokus dan pendedahan yang tepat serta sokongan penyambungan kepada berbilang monitor.

Aplikasi Blackmagic Camera kini tersedia di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

Sumber: Blackmagic News Official

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Aplikasi Profesional Blackmagic Tiba Di Android, Tapi Hanya Pada Peranti Terpilih
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY