Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi GPS “Punca” Wanita Pandu SUV Menuruni Tangga

Aplikasi GPS “Punca” Wanita Pandu SUV Menuruni Tangga

Diterbitkan Mei 5, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang wanita telah menyalahkan aplikasi sistem pengesanan global (GPS) sebagai punca dia memandu menuruni tangga.

Insiden yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurut dakwaan wanita berusia 26 tahun yang dirahsiakan identitinya itu, dia hanya mengikut arahan aplikasi GPS apabila dia menuruni tangga ke garaj Jabatan Polis Portland.

Walaubagaimanapun, pihak Polis mencurigai dakwaan wanita itu dengan mengesyaki wanita itu sebenarnya memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ekoran itu, Jabatan Polis Portland telah mengeluarkan saman terhadap wanita itu atas kesalahan memandu di bawah pengaruh (OUI). Jabatan polis itu juga menasihatkan pemandu kenderaan supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.

Mujur insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Sumber: Fox13 news, Portland Maine Police Department

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Sebelum Membeli Televisyen
  • Dapatkan 5GB Data Percuma Digi Dengan Hanya Tambah Nilai
  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda ‘Overheat’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY