Aplikasi tersebut terlebih dahulu ditawarkan kepada pengguna iOS dan ia membawa beberapa perubahan besar.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah:
- Sokongan pengimbas cap jari untuk log masuk akaun
- Antaramuka yang lebih mesra pengguna
Sebelum log masuk, anda diberikan pilihan untuk memilih jenis servis yang mana ia bakal menjimatkan masa penggunaan. Pilihan tersebut adalah;
- Lihat Akaun
- Lihat baki secara pantas
- Pemindahan wang
- Pembayaran bil
- JomPAY
Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut dilihat agak kurang stabil buat masa ini dimana terdapat sedikit masalah ketika log masuk sama ada menerusi pengimbas cap jari mahupun isian kata laluan.
Diharap pihak CIMB Clicks dapat menambahbaik perkara ini kerana kemaskini terbaru ini tampak lebih ringkas dan mudah digunakan.
Kemaskini CIMB Clicks di Android anda sekarang.
Sumber: CIMB Malaysia
Berkaitan
- Digi Mudahkan Pengguna Membeli Dan Mengurus Data Internet Dalam Android
- Wiko Y60 Sudah Mula Dijual, Peranti Android Go Yang Diletakkan Pada Harga RM269
- Samsung Bakal Kemaskini Galaxy Note 7 Kepada Android Nougat Tahun Ini
- Aplikasi Pelayar Opera Untuk Platform Android Kini Tersedia Dengan Ciri VPN
- Samsung Pay Mini | Aplikasi Pembayaran Atas Talian Bagi Semua Telefon Android
- Fuchsia Ganti Android, Betul Atau Tidak?
- Bill Gates Akui Silap Besar Tidak Kalahkan Android
- OnePlus 3 Dan 3T Bakal Dikemaskinikan Dengan Android P
- Senarai Telefon Pintar Yang Bakal Menerima Kemaskini Android Oreo Pada Tahun Ini
- Xiaomi Sambung Semula Penawaran Android Oreo 8.0 Untuk Mi A1