Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Be U by Bank Islam

Aplikasi Be U Akan Ditamatkan Sepenuhnya, Pengguna Perlu Beralih Ke BIMB Mobile Sebelum Ogos

Diterbitkan Mei 22, 2026 · Dikemas kini Mei 22, 2026 oleh Amalina Athman

Aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam hanya akan tersedia sehingga 31 Julai 2026 sebelum ditutup sepenuhnya secara rasmi. Tempoh ini diberikan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar, sekali gus memberi ruang kepada pengguna untuk membuat persiapan awal sebelum beralih ke aplikasi BIMB Mobile bermula 1 Ogos 2026.

Be U by Bank Islam ditamatkan

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank Islam untuk menyatukan perkhidmatan digital mereka dalam satu ekosistem utama melalui aplikasi BIMB Mobile.

Bagi pengguna Be U Qard Savings Account-i atau Awfar yang sudah mempunyai BIMB Mobile, baki dana perlu dipindahkan ke akaun Bank Islam sebelum melengkapkan proses penutupan akaun melalui aplikasi Be U.

Dalam masa sama, beberapa langkah penting perlu diselesaikan segera sebelum tarikh tersebut. Antaranya termasuk menyahpaut (unlink) Be U Visa Debit Card-i daripada mana-mana langganan atau perkhidmatan berkaitan kerana kad tersebut tidak lagi aktif selepas tarikh itu.

Selain itu, pengguna perlu mengemas kini atau menghentikan sebarang bayaran berulang (recurring payment) yang masih dihubungkan dengan akaun Be U. Penyata bank juga perlu dimuat turun lebih awal daripada aplikasi Be U untuk rujukan pada masa akan datang.

Berkaitan

  • BIMB Mobile Naikkan Keperluan Minimum iOS, Android - Berkuat Kuasa 31 Disember
  • Pengguna Kini Boleh Buka Akaun Bank Islam Melalui Aplikasi BIMB Mobile
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY