Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SalamWeb – Pelayar Internet Patuh Syariah Pertama Di Dunia Diperkenalkan Di Malaysia

Apa Dah Jadi Dengan Pelayar Patuh Syariah Pertama Di Dunia

Diterbitkan Disember 24, 2025 · Dikemas kini Disember 24, 2025 oleh ariff bukhari

Adakah anda masih ingat dengan SalamWeb, pelayar internet patuh syariah pertama di dunia?

Untuk pengetahuan anda, SalamWeb adalah pelayar web dan ekosistem digital pertama di dunia yang  dibangunkan oleh syarikat pemula berpangkalan di Malaysia iaitu Salam Web Technologies MY Sdn Bhd yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelayar ini telah disahkan oleh Lembaga Penyeliaan Syariah Amanie, selaras dengan Mi’yar Ekonomi Digital Islam yang ditetapkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di mana produk-produk SalamWeb telah direka dengan teliti untuk mengoptimumkan cara hidup Islam.

SalamWeb – Pelayar Internet Patuh Syariah Pertama Di Dunia Diperkenalkan Di Malaysia

SalamWeb telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Januari 2019 dahulu di Malaysia yang turut dihadiri media, artis dan pempengaruh.

Ia dibangun berasaskan enjin Chromium dengan beberapa ciri tambahan diperkenalkan.

Tetapi selepas 7 tahun pelancarannya, apa dah jadi dengan pelayar ini?

Semakan terkini laman sesawang rasmi salamweb.com didapati memaparkan imej yang sangat tidak patuh syariah.

Ia memaparkan laman yang menyokong platform pelbagai jenis judi online yang disediakan TOGELUP dalam bahasa Indonesia.

Apa Dah Jadi Dengan Pelayar Patuh Syariah Pertama Di Dunia

Malah muat turun aplikasi SalamWeb untuk peranti Android dan iOS juga didapati sudah tidak lagi ditawarkan untuk 2 platform tersebut.

Jika ada pun, fail apk bagi aplikasi pelayar SalamWeb hanya tersedia di platform pihak ketiga.

Semakan akaun-akaun media sosial rasmi SalamWeb seperti X, Linkedin dan facebook sepi tanpa sebarang kemas kini serta tanpa sebarang kandungan.

Sementara di akaun Instagram rasmi mereka pula kali terakhir dikemas kini adalah pada Ogos 2021 dahulu.

Manakala di platform YouTube rasmi SalamWeb pula kali terakhir kandungan dimuat naik adalah pada 4 tahun yang lalu.

Apa yang dapat disimpulkan, sasaran pelayar ini semasa pelancarannya untuk sekurang-kurangnya mempunyai 10 peratus daripada 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia menggunakan SalamWeb, tidak kesampaian.

Berkaitan

  • SalamWeb - Pelayar Internet Patuh Syariah Pertama Di Dunia Diperkenalkan Di Malaysia
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pengguna Android Disyor Aktifkan 6 Ciri Keselamatan Tambahan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY