Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad

Rangkaian 5G Malaysia Bermula Hari Ini Di Tiga Kawasan

Diterbitkan November 10, 2021 · Dikemas kini November 10, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa minggu lalu kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membentangkan perancangan mereka berkaitan rangkaian 5G dan ketersambungan digital bagi tahun hadapan.

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam mengumumkan rangkaian 5G tersedia untuk tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya bermula hari ini, 10 November 2021.

Ia akan diperluas secara berperingkat sehingga mencapai 36% liputan di seluruh negara. Tan Sri Annuar Musa berkata rangkaian 5G ini akan diperluas ke negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak bermula tahun hadapan.

Terdahulu, DNB mengatakan mereka akan mendenda pihak telekomunisasi jika kelajuan 5G mereka di bawah 1000Mbps.

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

  • Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab
  • DNB: Harga Jualan Data 5G Akan Didedahkan Kepada Umum
  • Bajet 2022: 5G Diperluas, Internet Lebih Baik Di PPR, Bantu Usahawan Mikro

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY