Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Android 17 Kini Dilancarkan, Ini Antara Ciri Baharu

Posted on Jun 18, 2026Jun 18, 2026

Google secara rasmi melancarkan Android 17 dengan pelbagai ciri baharu yang memfokuskan kepada pengalaman multitugas, permainan, keselamatan serta prestasi sistem. Kemas kini ini mula diperkenalkan untuk peranti Pixel sebelum diperluaskan secara berperingkat ke peranti Android lain yang layak sepanjang tahun ini.

Selain itu, beberapa peranti Android terpilih turut akan menerima Gemini Intelligence dalam kemas kini akan datang.

Bubbles

Android 17 memperkenalkan Bubbles, iaitu ciri yang membolehkan mana-mana aplikasi dibuka dalam bentuk tetingkap terapung. Pengguna hanya perlu menekan lama ikon aplikasi untuk menukarkannya kepada Bubble yang boleh digunakan di atas aplikasi lain.

Bagi peranti berskrin besar, Bubble akan ditempatkan pada bar khas di bahagian bawah skrin untuk memudahkan pertukaran antara aplikasi. Tetingkap tersebut juga boleh diubah saiz atau dikembangkan ke mod skrin penuh mengikut keperluan.

Screen Reactions

Google turut menambah baik fungsi rakaman skrin dengan memperkenalkan Screen Reactions.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/18164611/A17-_Screen_React_yG5dF9v.mp4

Melaluinya, pengguna boleh merakam paparan skrin bersama wajah sendiri menggunakan kamera swafoto secara serentak. Ciri ini memudahkan pengguna berkongsi ulasan, penerangan atau reaksi terhadap laman web, aplikasi dan video tanpa perlu menggunakan aplikasi lain atau green screen.

Mod Permainan Baharu Untuk Telefon Lipat

Android 17 juga membawa mod permainan khusus bagi telefon boleh lipat.

Mod ini menggunakan susun atur 50:50 dengan paparan permainan di bahagian atas dan alat kawalan maya di bahagian bawah bagi memberikan ruang paparan yang lebih luas. Sokongan ini akan diperkenalkan kepada peranti yang serasi dalam beberapa bulan akan datang.

Bagi pengguna yang menggunakan alat kawalan luaran, Android 17 turut menyokong pemetaan semula butang secara asli. Google juga menyatakan sistem pengurusan memori kini lebih cekap bagi mengurangkan masalah penurunan kadar bingkai dan permainan yang tersangkut.

Privasi Dan Keselamatan Dipertingkatkan

Beberapa penambahbaikan dari segi keselamatan dan privasi turut dipertingkatkan dalam Android 17.

Pengguna kini boleh memberikan akses sementara kepada lokasi tepat bagi sesuatu aplikasi serta berkongsi kenalan tertentu sahaja tanpa mendedahkan keseluruhan buku alamat.

Ciri “Mark as lost” dalam Find Hub juga dipertingkatkan. Telefon yang hilang boleh dikunci menggunakan biometrik bagi menghalang pencuri mengakses maklumat pada peranti atau mematikan fungsi penjejakan walaupun mengetahui kod laluan.

Google turut meningkatkan keupayaan Live Threat Detection untuk mengesan lebih banyak aplikasi dan penipuan yang mencurigakan, selain memperkukuh mod Advanced Protection bagi melindungi pengguna daripada ancaman yang lebih kompleks.

Bagi mengurangkan risiko cubaan meneka PIN, Android 17 turut mengehadkan jumlah percubaan memasukkan PIN dan memanjangkan tempoh menunggu selepas setiap percubaan yang gagal.

Prestasi Dan Penambahbaikan Sistem

Android 17 turut memperkenalkan pilihan untuk menyembunyikan nama aplikasi pada skrin utama, memperluaskan Parental Controls ke semua peranti Android, menambah kawalan kelantangan khusus untuk pembantu digital serta memberikan lebih banyak pilihan penyesuaian untuk tema gelap.

Dalam pada itu, Google turut memperkenalkan had penggunaan memori bagi setiap aplikasi agar tiada aplikasi menggunakan RAM secara berlebihan. Perubahan ini membantu meningkatkan prestasi keseluruhan peranti serta penggunaan bateri yang lebih cekap.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress