Android 13 Lebih Jimat Bateri Dengan Ciri Baharu Ini

Google telah menaik taraf ciri Android 13 dengan pengenalan amaran jika aplikasi yang digunakan menjadi punca kepada hayat bateri yang semakin 'nazak'. Paparan amaran tersebut akan muncul dalam tempoh 24 jam sebagai tanda peringatan kepada pengguna.

Selain itu, amaran tersebut akan dapat dilihat pada semua pengguna Android 13 di latar belakang telefon. Bagi latar depan telefon pula, ia akan memperlihatkan ciri ini dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 20 jam untuk amaran penggunaan aplikasi yang menjadikan jangka hayat bateri semakin kritikal.

Mudah kata, Android 13 bakal memberikan penjimatan bateri kerana mereka memberitahu akan aplikasi mana yang 'telan' bateri yang banyak biarpun ia dijalankan pada background.

Tapi, ciri tersebut akan dikecualikan untuk beberapa sistem seperti :

  • System apps dan system-bound apps

  • Companion devide apps

  • Aplikasi yang dijalankan pada peranti dalam Mod Demo

  • Aplikasi pemilik peranti

  • Aplikasi pemikik profil

  • Aplikasi berterusan

  • Aplikasi VPN

  • Aplikasi yang mampunyai peranan ROLE-DIALER

  • Penetapan fungsi tidak terhad oleh pengguna secara eksplisit


Walau bagaimanapun, ciri ini masih tidak dilancarkan lagi untuk semua pengguna Android 13. Google akan memaklumkan semula tentang pelancaran ciri baru ini untuk dinikmati semua pengguna Android 13.

Sumber : Android

Baca juga :