Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Anjur Pameran Fotografi Eksplorasi Bandar Pada 12 Julai Ini

realme Anjur Pameran Fotografi Eksplorasi Bandar Pada 12 Julai Ini

Diterbitkan Jun 30, 2023 oleh ariff bukhari

realme memaklumkan bahawa mereka akan menganjurkan Pameran Fotografi Eksplorasi Bandar yang akan berlangsung dari 12 Julai sehingga 25 Julai 2023.

Masa pameran dibuka pula adalah dari jam 11.00 AM sehingga 9.00 PM yang bertempat di Chinatown, Kuala Lumpur, 169, Jalan Tun H S Lee City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

realme berkata, melalui pameran fotografi bandar ini, mereka ingin memberi inspirasi kepada orang ramai tentang beberapa penemuan diri yang boleh membantu anda mengenali diri anda dengan lebih baik.

City Exploration Project Invitation_Landscape

Pengunjung juga berpeluang bertemu dengan 8 jurufoto berpengalaman yang merakam fot0-foto bandar tersebut di mana realme akan memperkenalkan karya mereka dalam pameran bertajuk “City Exploration Project” bertempat di Kedai Alat Tulis Warisan 100 Tahun.

Gambar-gambar yang dipamerkan dalam pameran itu pula menggunakan produk baharu realme akan datang.

Bagi menjadikan pameran ini lebih menarik, realme telah memulakan beberapa aktiviti untuk melibatkan diri dengan peminat termasuk sesi pemberian hadiah dan 3 pameran produk realme baharu eksklusif untuk orang ramai merasai di pameran itu.

Peminat realme juga berpeluang memenangi produk pelancaran baharu yang akan datang dengan menyemak City Exploration Project di platform media sosial.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • realme narzo 60 Didedahkan Mirip Siri realme 11, Hadir 6 Julai Depan
  • Spesifikasi Siri Xiaomi 13T Dilapor Tertiris, Dijangka Hadir 1 September
  • Game RPG Dengan Rating 4.6 Bintang Ini Sedang Percuma Untuk Windows Dan Mac

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY