Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Malaysia Berkolaborasi Dengan Lonely Planet Dan Bekas Pereka GUCCI

realme Malaysia Berkolaborasi Dengan Lonely Planet Dan Bekas Pereka GUCCI

Diterbitkan Julai 6, 2023 · Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh ariff bukhari

realme Malaysia mengumumkan mereka berkolaborasi dengan Lonely Planet dengan membawakan seramai 5 jurugambar Lonely Planet berpengalaman menerokai bandar dengan menggunakan sistem kamera baharu realme.

Malah mereka juga akan menyertai realme untuk pertandingan fotografi yang diadakan untuk berkongsi dan memberi inspirasi kepada pengguna realme merakam gambar yang lebih kreatif.

realme Malaysia Berkolaborasi Dengan Lonely Planet Dan Bekas Pereka GUCCI

Ia bersempena penganjuran Pameran Eksplorasi Bandar realme yang akan bermula dari 12 hingga 25 Julai 2023 di Kuala Lumpur.

Pameran itu juga akan memperkenalkan 8 karya jurugambar Malaysia yang berpengalaman di Kedai Alat Tulis Warisan 100 Tahun.

realme Malaysia Berkolaborasi Dengan Lonely Planet Dan Bekas Pereka GUCCI

Dalam pameran itu juga realme akan memperkenalkan 3 produk baharu secara eksklusif yang akan dipamerkan lebih awal kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman bersama produk terbaru mereka itu.

Selain itu, studio reka bentuk realme juga kini berkolaborasi dengan bekas pereka cetakan GUCCI, Matteo Menotto, untuk penampilan telefon baharu realme yang akan datang.

Matteo Menotto telah mencipta cetakan untuk kerjasama ini berdasarkan ideanya tentang Milan yang diperoleh daripada seni bina dan cerita sejarah ibu kota fesyen.

Melalui kerjasama antara realme dan pereka Matteo, realme menyasarkan untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman visual dan pengguna yang menyepadukan budaya fesyen Milan ke dalam produk teknologi.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua
  • Nothing Sahkan Ear (2) Versi Hitam Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Sumber: Siaran Media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY