Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Miliki Robot ‘Humanoid’ AI Ini Pada Harga RM75 Ribu Sahaja Seunit

Anda Kini Boleh Miliki Robot ‘Humanoid’ AI Ini Pada Harga RM75 Ribu Sahaja Seunit

Diterbitkan Mei 16, 2024 ยท Dikemas kini Mei 16, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat dalam industri pembangunan robotik telah melancarkan robot humanoid yang dikenali sebagai Unitree Go1.

Unitree Go1 ialah robot humanoid AI baharu yang dilihat sebagai pesaing seperti robot Tesla Optimus, kerana keupayaan canggih dan kestabilannya yang mengagumkan.

Menerusi video demonstrasi yang dikongsikan oleh Unitree memperlihatkan keupayaan Go1 melakukan gerakan dan kelajuan yang mengatasi kebanyakan pesaingnya.

Go1 menggunakan teknologi canggih untuk melaksanakan tugas dengan ketepatan tinggi.

Tapi apa yang lebih mengejutkan sebenarnya adalah harga jualan bagi seunit robot humanoid Unitree G1 ini yang hanya berharga USD16 ribu atau sekitar RM75 ribu sahaja.

HUMANOID unitree g1
HUMANOID unitree g1

Unitree Robotics adalah syarikat yang menumpukan pada R&D, pengeluaran dan penjualan robot dan humanoid berprestasi tinggi yang berpangkalan di Bandar Hangzhou, Wilayah Zhejiang, China.

Pembangunan robot oleh Unitree ini menyerlahkan kemajuan pesat dalam industri robotik, sekali gus menjanjikan teknologi yang lebih mudah diakses dan aplikasi yang berpotensi dalam pelbagai bidang.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Atlas, Robot Humanoid Generasi Baharu Dikuasakan Elektrik Sepenuhnya

Sumber: Unitree Robotics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY